Friday, August 28, 2009

Hukum memakai Braces (pendakap gigi) disisi Islam

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

lain2 info :

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


info from : http://fiqhmedic.wordpress.com/

Tuesday, August 25, 2009

Azam Puasa

Sebenarnya sebelum bulan puasa saya berazam dengan suami saya agar tidak berbuka di luar atau membeli makanan di pasar2 ramadhan coz last year puasa kami berjaya memasak makanan tanpa membeli makanan di luar atau makan di restoran2 atau kedai2 atau di hotel2.....

Walaupun makanan yg dimasak tak seGrand mana tapi sekurang2nye kami tidak membazir seperti tahun2 sebelumnye yg kami membeli seperti nak makan 10 org tapi cuma ada 2 adult aje dirumah ini, last2 makanan tersebut kami buang...kan membazir namanye...kalau ada bela ayam, boleh gak bagi kat ayam...

Harini dah puasa yg ke-4, tapi saya belum dapat peluang memasak di rumah...nampaknyer azam tu cuma tinggal kenangan....
1st puasa - berbuka kat rumah mak abah di kampungku with my siblings
2nd puasa - berbuka kat Rest.Just Thai,OU
3rd puasa - berbuka kat Hotel Grandbluewave, kawan belanja...TQ
harini, puasa ke-4?....tadi Hanz baru jer call kata dia kat pasar ramadhan....uwaaaa...camner nak berazam ni....baru cadang2 nak masak blackpepper chicken...harap2 dia beli tak ikut nafsu...

ooo harini saya masak karipap permintaan suami saya...lain2 makanan kena tunggu hanz balik.

Kaki Tangan

banyak nak ceriter tapi malas nak tulis......

Tuesday, August 18, 2009

TAHNIAH HANZ....

Baru jap tadi dapat call dari suami tercinta...dia kata dia dapat employee of the year...SYUKUR ALHAMDULILLAH....

Friday, August 14, 2009

Ringtone

I trying to find the best ringtone...end up gagal...Tak tau ringtone apa yang best nak letak kat hp.Macam2 lagu aku download tapi semua mcm tak best aje...last2 aku guna bunyi telepon biasa jer...kring kring kring...

fenin la....


Pernah tak korang dapat berite gembira tapi memeningkan kepala? itulah yang sedang aku hadapi...adoyay....

Thursday, August 13, 2009

Hujung minggu

Apa aku nak buat hujung minggu ni erk?

Try booking hotel....hotel penuh
Jalan2 kat Mall.....takut org batuk@bersin...H1N1
Pergi holiday ke Singapore.....Last minute beli tiket mesti harga tiket mahal@naik...passport tak buat lagi-passport dah xpired
Balik kampung......mak & abah@atuk & nenek pun boring asyik muka kami duk tercongok kat kg...anak2@cucu2 suka kacau barang@mesin jahit mak@nenek

Duk rumah jer la...jawapannyer...layan movie, baca majalah, main internet
hanz..any idea?you all ada idea?

Si cilik and Si beso = twin?


Wednesday, August 12, 2009

Layan gelak...hahahahaha.....


Saya tengah layan Jasmin berlakon....hahahaha....dalam cerite Datin Wan Abe....malam ni episode last....suker cerite ni....buat saya tergelak2 sambil tergoleng2 kat lantai

Khabar gembira...

SYUKUR ALHAMDULILLAH....TAHNIAH HANZ....ALL THE BEST....

Tuesday, August 11, 2009

Anak-anak

Tadi, sementara saya cuci pinggan mangkuk kat dapur...adik-beradik@anak2 saya turun dari tingkat atas.......taraaaa
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
ebi, jom mandi swimming pool



"mummy, kami nak mandi kat swimming pool"
"wahai anak2ku rumah kita mana ada swimming pool"

Cafe Bigfood,TTDI Jaya

Ya semalam kami makan kat Cafe Bigfood, TTDI Jaya...bersebelahan dengan Ani Sup Utara...rasa2 cafe tu macam baru, coz selama ni lalu tak perasan pun atau cafe tu dah lama cuma aku jer yg buat2 tak perasan, ye la kat situ kan diorang tengah buat jalan, jalan pun bz...kat area situ ada restoran JM Beriani, Nasi Lemak Antarabangsa and lain2 la..

Kat situ tak ramai sangat org...sesuai ngan anak2 aku...kali ini aku nak letak sekali harga makanan...huhuhu...untuk reference jer....

Kami order :
Orange Juice - rm 3.90
Watermelon Juice - rm 3.90
Rib Eye - rm 19.90
Grilled Chicken - rm 15.00
Chicken Little - rm 7.90

Total = rm 50.60

Sebab apa aku nak letak harga...coz aku nak bagitau yang kat cafe ni takder service charge/tax...tu yang aku suke....Rasa? alaaaa bolehla....

air terjun lagi menarik

hausnyer

mine...rib eye..nabil try to cilok jagung

chicken little for kids...

grilled chicken for hanz..jagung awal2 lagi dah dicilok nabil


jom balik..dah kenyang...burppp

p/s : i love you




Teringat zaman sekolah dolu2

YESTERDAY ONCE MORE
by CARPENTER

When I was young
I'd listen to the radio
Waitin' for my favorite songs
When they played I'd sing along
It made me smile.

Those were such happy times
And not so long ago
How I wondered where they'd gone
But they're back again
Just like a long lost friend
All the songs I loved so well.

Every Sha-la-la-la
Every Wo-o-wo-o
Still shines
Every shing-a-ling-a-ling
That they're startin' to sing's
So fine.

When they get to the part
Where he's breakin' her heart
It can really make me cry
Just like before
It's yesterday once more.

Lookin' back on how it was
In years gone by
And the good times that I had
Makes today seem rather sad
So much has changed.

It was songs of love that
I would sing to then
And I'd memorize each word
Those old melodies
Still sound so good to me
As they melt the years away.

Every Sha-la-la-la
Every Wo-o-wo-o
Still shines
Every shing-a-ling-a-ling
That they're startin' to sing's
So fine.

All my best memories
Come back clearly to me
Some can even make me cry.

Just like before
It's yesterday once more.

Bila malas

Petang semalam saya bermalas-malasan...malas nak masak...nasib baik hanz@sabri faham...Tq hanz.Hanz bawa kami pergi makan kat satu kedai makan yang baru buka kat TTDI Jaya....Tempat dia ok,makan ok, yang penting harga pun ok...nanti saya update siap ngan gambo skali...hehehe....

Monday, August 10, 2009

Saya tengah menggodek2 blog saya...saya budak baru belajar...hehehe

Mari bergumbira


Ya, mari kita bergumbira beramai2....Saya dan anak2 saya tengah bergembira tengok Special Agent OSO kat CH613....dua jam tu...dari kul2pm until 4pm...Saya gembira sebab anak2 saya gembira....lalalalalala....leh la maknyer lepak2 while anak2 tengok OSO...mari kita layan OSO sampai muntah2

M.A.A.F

Sorry mum coz tak dapat hadir ke majlis resepsi tadi...bukan takde baju yang nak dipakai jadi penyebab ummi tak hadir,baju dah siap gosok lagi, tapi disebabkan oleh masalah kesihatan anak2 yang tak mengizinkan.Dikesempatan ini, ummi nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Noor amani & Amir, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Kepada Puan Wan Fazeela dan seangkatannye yang pergi ke majlis tersebut tadi, sila update gambo n cerite cepat2.


Sekarang ni dah kul 3am, aku tgh teman Mr.Sabri@Hanz buat keje.Jap lagi kul 5.30am dia kena pergi kerja coz ada upgrading.Saya ni memang penunggu@peneman paling setia..muaaah..

Tadi hanz ada bagi idea, memandangkan minggu depan birthday aku, dia ajak pergi Singapore...What?Singapore?....aku tak kata setuju dan tak pula tak setuju...dlm dilema...bukan apa, awal tahun haritu kitorang ada pergi bercuti ke Sarawak, perjalanan kesana naik AA lebih kurang 3jam, tapi kami rasa penat macam seharian coz naufal buat hal dalam perjalanan.Lagipun aku rasa macam terkocoh2 dgn nak buat passport, nak book tiket, nak book hotel, nak cari info lagi walaupun hanz dah pernah pergi sana..dan yg paling penting aku sekarang ni takut ngan penularan penyakit h1n1...rasa2 macam cuti2 dlm malaysia lagi elok...

Saturday, August 8, 2009

Dipagi hari

Sekarang ni dah pukul 10.15am tapi anak2 aku tak bangun lagi.Aku dah siap buat sarapan (mcm selalu buat sarapan,kecoh), membasuh, mengemas (jap lagi tonggang-langgangla rumah kalau hero2 dah bangun), menyapu.Tapi tak mandi lagi.Lepas habis buat kerja rumah, keluarkan peluh baru aku mandi.Harini aku buat sarapan cekodok sayur aje.Aku letak ikan bilis yg dah ditumbuk ngan sayur-sayuran.Mr.Sabri? Dia pagi2 lagi dah keluar, katanya dia ada tournament bolatampar kat Putrajaya.Balik petang la tu.Tengahari nanti tak tau nak masak apa, rasa2 masak yg simple2 untuk kami bertiga.Nasib baik kat rumah aku ni takde mcd delivery or pizza delivery or dominos delivery....kalau tak mesti aku tepon suruh hantar makanan...kalau ada kan best, senang kerja

Bila rajin...

Rasa2 kalau kita post cerita ke blog without gambar mesti tak best kan?So skang ni makcik tgh rajin update semula gambar masukkan dalam story-mori kat blog makcik.Kengkadang aku ni malas nak transfer gambar from hp or kamera so takderla gambar dlm post yg lepas2.Ni makcik baru jer transfer gambar,so selitkanla sikit gambar2 yg berkenaan tu ke blog...sowi

Thursday, August 6, 2009

Ada berani?

Sooooo cooool.....


To mat2 rempit and mat2 racing jalanan rasa2 ada berani tak kalau jumpa Pak Helang ni di jalanan korang bakar2 atau ajak racing? Aku rasa mesti kereta2 korang kena tinggal 1 km or 2 km dibelakang hahahaha.....tapau habis.....Tapi aku rasa kalau mat2 racing jalanan kalau nampak Pak Helang ni dijalanan mesti korang slowkan kereta, ikut peraturan punyala...mesti kecut jer perut tu.....


rasa2 sapa hebat? kereta uncle hamdan or pak helang


rasa2 kereta sapa paling laju?

E-mail from Mr.Sabri

Kita patut bangga jadi wanita…..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari


Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju


Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar:-


"Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
"



'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Wednesday, August 5, 2009

No idea...

This weekend ada kenduri kahwin kawan saya mum@amani, tapi saya tak tau nak pakai baju apa.Tengok baju dalam almari semua baju lama, saya jarang buat baju kurung.Pilihan hati saya cuma baju kurung jer,sebab dah muak pakai kebaya.Tapi tak tau nak beli baju kurung kat mana.Mr.Sabri dah suruh beli baju, cuma saya jarang beli baju kurung yang dah siap, then tak tau nak beli kat mana.Selalunye saya beli kain ela jer then yg akan buat baju emak saya or kakak ipar saya.Nampaknyer macam dah kesuntukan masa nak suruh mak or kakak ipar buat.Kalau takde baju gak nampaknye saya tak dapatla attend wedding tu nanti.Tak dapatla saya jumpe kawan2 lama saya....uwaaaaa...Tolong saya takde idea.....

Tuesday, August 4, 2009

Masih kepenatan...

Aritu kan aku balik kg Pahang & Banting, harini dah hari selasa tapi aku still penat lagi.Masa ari jumaat kan aku balik kg Pahang coz mak mertua aku buat kenduri doa selamat, so adala aku tolong sikit2 mengemas rumah after majlis tamat.Next day lak sepatutnye aku nak pergi kenduri kawin sepupu Mr.Sabri kat Jerantut, tapi mak mertua tak bagi coz Nabil tak berapa sihat.Lagipun perjalanan from Bentong ke Jerantut amik masa 3jam.Afternoonnye Naufal lak mengadu sakit kepala, then merengek2, rupe2nye dia lak demam...dah dedua anak2 aku demam.petang tu after Mr.Sabri balik from Jerantut barula kitorang pergi cari klinik..Hari Sabtu, banyak lak klinik yg tutup...after 1 hr mencari klinik sampai ke Bahau,N9..baru jumpa satu klinik ni yg buka,lain2 klinik tutup,klinik yg 24jam pun tutup.ramai gak la org kat klinik ni.Masa cek suhu, suhu dia memang tinggi 39.6. Dr terus masukkan ubat pcm 500mg tru bontot.fuh, dua2 heroku demam, merengek jgn citerla, bebudak biasala.Naufal lak flat gile, coz bile mkn sikit or susu skit mesti muntah.cian dia.next day nye bebudak ni dah ok skit..dalam kul 11.30am kami bertolak balik kg Banting lak nak attend kenduri kawin sepupu.Kami ada kat majlis tu sekejap jer terus pergi umah mak.after lepak2 umah mak baru balik umah kami.masa tu la rasa penat sangat.

Kelmarin sesi mendobi baju, arini lak sepatutnyer sesi melipat baju tapi tak start melipat lagi, coz arini aku puasa then masih rase cam penat lagi..adala dalam dua bakul baju yg nak dilipat.tengokla nanti kalau rajin.

Nabil tak berapa sihat masa kenduri rumah makmertua