Friday, October 30, 2009

Mana Nabil hilang?

Naufal : AB (nabil) where are u?

*naufal panggil nabil A B (ebi)


Ni la keje anak2 bujang kalo naik keta :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Tempat Dating

Dah lama giler tak pergi tempat makan ni....tempat me and mr.suami berdating dolu2...makanannyer mmg sedap...kitorang suke order tomyam poktek and udang goreng kunyit...udang goreng kunyitnye mmg rangup...best sangat...kali ni kitorang bawa sekali dua hero..nama kedai memang tak pernah tau, tapi tempatnyer betul2 kat simpang kg.jijan sepang...dekat dengan SIC sepang...mula2 memang aman kitorang menikmati makan, coz bebudakpun lapar, sampaikan kitorang order udang goreng kunyit lagi sekali...tapi aman sekejap ajer bile budak2 nampak kucing mmg dah tak aman la...budak2 sebuk kejar kucing and ayam..jakun tengok haiwan....

dah tak sabar nak makan

nabil suka mkn nasi putih

tom yam poktek, udang goreng kunyit n daging masak merah

bismillah....

Thursday, October 15, 2009

Buah zuriat @ Buah Hawa

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka.
Semuanya sama.

Ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat.

Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma.

Ia adalah amat keras.

Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.

Dalamnya macam sabut kelapa.

Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak.

Di situ je yang ada. Harganya 25sen satu. Kalau lima seringgit ke.....



Setelah mengupasnya, masukkan dalam air dan rebus lama2.

Setiap hari tambahkan air dan rebus sampai hilang khasiatnya.
Rasanya orang kata "sedap".
Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x
RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA


cara penggunaannye, buah tu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar.....atau amik isinye, then rebus, air rebusan tadi diminum


Thursday, September 10, 2009

Sale! Sale!






Maclaren Triumph Stroller RM350
Call me-0122966635

HURRY! HURRY! sape cepat dia yang dapat











All in one package RM450
1)Baby cot
2)Latex Mattress
3)Crib set
4)Mattress cover
5)Crib netting
6)Stand for crib netting
7)Bouncer

call me if interested-0122966635

Clearence sale

I ada beberapa barang nak letgo....semua barang2 baby....semua still in good condition, anak2 jarang pakai malah ada yg tak pernah di pakai lagi, all masih nampak baru...

Wednesday, September 2, 2009

Penyakit berjangkit

Sekarang ni anak2 saya lak kena cirit-birit n muntah2....Bukan seorang anak tapi kedua2 anak saya kena, xtra penat sikit...Nasib baik harini saya dah ok sikit....Hanz pun dah start keje semula arini...Semalam dia cuti coz saya tak sehat...so dialah yg kena take care anak2...Hanz pun takleh nak cuti lama2 coz banyak kerja yang dia kena settlekan,nak handover kerja, coz after raya dia akan join others company.

Lena sangat tengok dua beradik ni tidur...apa taknyer berjaga from sahur sampai sekarang baru boleh tidur...dalam2 tidurpun dia boleh muntah...kesian...lembik jer...pagi tadi after jumpa doc baru dia ok skit...muntah dah kurang tapi kena monitor....kalau muntah teruk sangat and tak aktif atau sangsi doc nak admitkan twin ni...ya allah selamatkanlah anak2ku....

Tak tau anak2 ni nak makan apa...ye la tekak mesti tak sedap then makan muntah, makan muntah...saya dah masakkan bubur tapi anak2 takmo makan...roti butterscotch kesukaan anakpun dah bagi tapi takmo gak...air 100plus memang dah jadi stok kat umah ni since saya kena food poisoning aritu...kesian kat anak2

Saya lak mengantuk+penat tapi takleh nak tidur...ye la dari sahur, pastu berkejar anak2 muntah, hantar anak pergi klinik, berus kain baju, sarung bantal, tilam yang kena muntah, after berus muntah2 tu baru boleh masukkan dalam mesin basuh...hope anak2 cepat sembuh

Tuesday, September 1, 2009

Saya tak sehat...kena food poisoning

Semalam saya kena cirit birit, muntah-muntah dan demam.Kesian kat suami saya.ingatkan semalam cuti merdeka leh ar jalan2 kat mall.Kalau ikutkan dah lama saya tak sakit yg teruk2 ni.kalau takat sakit sikit, then boleh tahan biasala.tapi semalam saya sampaikan takleh nak buat apa2.Disebabkan dah sakit, maka saya tak puasa, yela dahla muntah2, cirit-birit, mana ada tenaga,pastu lak saya still bf kan si Nabil...melepek giler...

Jadi semua tugas harian di rumah saya serahkan pada suaami saya...dia memasak utk berbuka,masak nasi minyak tu ngan ayam masak kurma dan acar nenas...tengok memang sedap.tapi disebabkan saya demam, tekakpun jadi pahit.Makanan yg sedappun jadi tak sedap.Bila dapat makan sikit jer terus muntah.Nikmat makan dah takder...

Arini gak saya still demam lagi, kepala masih berat lagi, tekak masih pahit lagi, loya2 still ada tapi takde muntah dan saya berpuasa harini.Hope saya dapat bertahan sampai berbuka nanti.Amin

Friday, August 28, 2009

Hukum memakai Braces (pendakap gigi) disisi Islam

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

lain2 info :

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


info from : http://fiqhmedic.wordpress.com/

Tuesday, August 25, 2009

Azam Puasa

Sebenarnya sebelum bulan puasa saya berazam dengan suami saya agar tidak berbuka di luar atau membeli makanan di pasar2 ramadhan coz last year puasa kami berjaya memasak makanan tanpa membeli makanan di luar atau makan di restoran2 atau kedai2 atau di hotel2.....

Walaupun makanan yg dimasak tak seGrand mana tapi sekurang2nye kami tidak membazir seperti tahun2 sebelumnye yg kami membeli seperti nak makan 10 org tapi cuma ada 2 adult aje dirumah ini, last2 makanan tersebut kami buang...kan membazir namanye...kalau ada bela ayam, boleh gak bagi kat ayam...

Harini dah puasa yg ke-4, tapi saya belum dapat peluang memasak di rumah...nampaknyer azam tu cuma tinggal kenangan....
1st puasa - berbuka kat rumah mak abah di kampungku with my siblings
2nd puasa - berbuka kat Rest.Just Thai,OU
3rd puasa - berbuka kat Hotel Grandbluewave, kawan belanja...TQ
harini, puasa ke-4?....tadi Hanz baru jer call kata dia kat pasar ramadhan....uwaaaa...camner nak berazam ni....baru cadang2 nak masak blackpepper chicken...harap2 dia beli tak ikut nafsu...

ooo harini saya masak karipap permintaan suami saya...lain2 makanan kena tunggu hanz balik.

Kaki Tangan

banyak nak ceriter tapi malas nak tulis......

Tuesday, August 18, 2009

TAHNIAH HANZ....

Baru jap tadi dapat call dari suami tercinta...dia kata dia dapat employee of the year...SYUKUR ALHAMDULILLAH....

Friday, August 14, 2009

Ringtone

I trying to find the best ringtone...end up gagal...Tak tau ringtone apa yang best nak letak kat hp.Macam2 lagu aku download tapi semua mcm tak best aje...last2 aku guna bunyi telepon biasa jer...kring kring kring...

fenin la....


Pernah tak korang dapat berite gembira tapi memeningkan kepala? itulah yang sedang aku hadapi...adoyay....

Thursday, August 13, 2009

Hujung minggu

Apa aku nak buat hujung minggu ni erk?

Try booking hotel....hotel penuh
Jalan2 kat Mall.....takut org batuk@bersin...H1N1
Pergi holiday ke Singapore.....Last minute beli tiket mesti harga tiket mahal@naik...passport tak buat lagi-passport dah xpired
Balik kampung......mak & abah@atuk & nenek pun boring asyik muka kami duk tercongok kat kg...anak2@cucu2 suka kacau barang@mesin jahit mak@nenek

Duk rumah jer la...jawapannyer...layan movie, baca majalah, main internet
hanz..any idea?you all ada idea?

Si cilik and Si beso = twin?


Wednesday, August 12, 2009

Layan gelak...hahahahaha.....


Saya tengah layan Jasmin berlakon....hahahaha....dalam cerite Datin Wan Abe....malam ni episode last....suker cerite ni....buat saya tergelak2 sambil tergoleng2 kat lantai

Khabar gembira...

SYUKUR ALHAMDULILLAH....TAHNIAH HANZ....ALL THE BEST....

Tuesday, August 11, 2009

Anak-anak

Tadi, sementara saya cuci pinggan mangkuk kat dapur...adik-beradik@anak2 saya turun dari tingkat atas.......taraaaa
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
ebi, jom mandi swimming pool



"mummy, kami nak mandi kat swimming pool"
"wahai anak2ku rumah kita mana ada swimming pool"

Cafe Bigfood,TTDI Jaya

Ya semalam kami makan kat Cafe Bigfood, TTDI Jaya...bersebelahan dengan Ani Sup Utara...rasa2 cafe tu macam baru, coz selama ni lalu tak perasan pun atau cafe tu dah lama cuma aku jer yg buat2 tak perasan, ye la kat situ kan diorang tengah buat jalan, jalan pun bz...kat area situ ada restoran JM Beriani, Nasi Lemak Antarabangsa and lain2 la..

Kat situ tak ramai sangat org...sesuai ngan anak2 aku...kali ini aku nak letak sekali harga makanan...huhuhu...untuk reference jer....

Kami order :
Orange Juice - rm 3.90
Watermelon Juice - rm 3.90
Rib Eye - rm 19.90
Grilled Chicken - rm 15.00
Chicken Little - rm 7.90

Total = rm 50.60

Sebab apa aku nak letak harga...coz aku nak bagitau yang kat cafe ni takder service charge/tax...tu yang aku suke....Rasa? alaaaa bolehla....

air terjun lagi menarik

hausnyer

mine...rib eye..nabil try to cilok jagung

chicken little for kids...

grilled chicken for hanz..jagung awal2 lagi dah dicilok nabil


jom balik..dah kenyang...burppp

p/s : i love you




Teringat zaman sekolah dolu2

YESTERDAY ONCE MORE
by CARPENTER

When I was young
I'd listen to the radio
Waitin' for my favorite songs
When they played I'd sing along
It made me smile.

Those were such happy times
And not so long ago
How I wondered where they'd gone
But they're back again
Just like a long lost friend
All the songs I loved so well.

Every Sha-la-la-la
Every Wo-o-wo-o
Still shines
Every shing-a-ling-a-ling
That they're startin' to sing's
So fine.

When they get to the part
Where he's breakin' her heart
It can really make me cry
Just like before
It's yesterday once more.

Lookin' back on how it was
In years gone by
And the good times that I had
Makes today seem rather sad
So much has changed.

It was songs of love that
I would sing to then
And I'd memorize each word
Those old melodies
Still sound so good to me
As they melt the years away.

Every Sha-la-la-la
Every Wo-o-wo-o
Still shines
Every shing-a-ling-a-ling
That they're startin' to sing's
So fine.

All my best memories
Come back clearly to me
Some can even make me cry.

Just like before
It's yesterday once more.

Bila malas

Petang semalam saya bermalas-malasan...malas nak masak...nasib baik hanz@sabri faham...Tq hanz.Hanz bawa kami pergi makan kat satu kedai makan yang baru buka kat TTDI Jaya....Tempat dia ok,makan ok, yang penting harga pun ok...nanti saya update siap ngan gambo skali...hehehe....

Monday, August 10, 2009

Saya tengah menggodek2 blog saya...saya budak baru belajar...hehehe

Mari bergumbira


Ya, mari kita bergumbira beramai2....Saya dan anak2 saya tengah bergembira tengok Special Agent OSO kat CH613....dua jam tu...dari kul2pm until 4pm...Saya gembira sebab anak2 saya gembira....lalalalalala....leh la maknyer lepak2 while anak2 tengok OSO...mari kita layan OSO sampai muntah2

M.A.A.F

Sorry mum coz tak dapat hadir ke majlis resepsi tadi...bukan takde baju yang nak dipakai jadi penyebab ummi tak hadir,baju dah siap gosok lagi, tapi disebabkan oleh masalah kesihatan anak2 yang tak mengizinkan.Dikesempatan ini, ummi nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Noor amani & Amir, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Kepada Puan Wan Fazeela dan seangkatannye yang pergi ke majlis tersebut tadi, sila update gambo n cerite cepat2.


Sekarang ni dah kul 3am, aku tgh teman Mr.Sabri@Hanz buat keje.Jap lagi kul 5.30am dia kena pergi kerja coz ada upgrading.Saya ni memang penunggu@peneman paling setia..muaaah..

Tadi hanz ada bagi idea, memandangkan minggu depan birthday aku, dia ajak pergi Singapore...What?Singapore?....aku tak kata setuju dan tak pula tak setuju...dlm dilema...bukan apa, awal tahun haritu kitorang ada pergi bercuti ke Sarawak, perjalanan kesana naik AA lebih kurang 3jam, tapi kami rasa penat macam seharian coz naufal buat hal dalam perjalanan.Lagipun aku rasa macam terkocoh2 dgn nak buat passport, nak book tiket, nak book hotel, nak cari info lagi walaupun hanz dah pernah pergi sana..dan yg paling penting aku sekarang ni takut ngan penularan penyakit h1n1...rasa2 macam cuti2 dlm malaysia lagi elok...

Saturday, August 8, 2009

Dipagi hari

Sekarang ni dah pukul 10.15am tapi anak2 aku tak bangun lagi.Aku dah siap buat sarapan (mcm selalu buat sarapan,kecoh), membasuh, mengemas (jap lagi tonggang-langgangla rumah kalau hero2 dah bangun), menyapu.Tapi tak mandi lagi.Lepas habis buat kerja rumah, keluarkan peluh baru aku mandi.Harini aku buat sarapan cekodok sayur aje.Aku letak ikan bilis yg dah ditumbuk ngan sayur-sayuran.Mr.Sabri? Dia pagi2 lagi dah keluar, katanya dia ada tournament bolatampar kat Putrajaya.Balik petang la tu.Tengahari nanti tak tau nak masak apa, rasa2 masak yg simple2 untuk kami bertiga.Nasib baik kat rumah aku ni takde mcd delivery or pizza delivery or dominos delivery....kalau tak mesti aku tepon suruh hantar makanan...kalau ada kan best, senang kerja

Bila rajin...

Rasa2 kalau kita post cerita ke blog without gambar mesti tak best kan?So skang ni makcik tgh rajin update semula gambar masukkan dalam story-mori kat blog makcik.Kengkadang aku ni malas nak transfer gambar from hp or kamera so takderla gambar dlm post yg lepas2.Ni makcik baru jer transfer gambar,so selitkanla sikit gambar2 yg berkenaan tu ke blog...sowi

Thursday, August 6, 2009

Ada berani?

Sooooo cooool.....


To mat2 rempit and mat2 racing jalanan rasa2 ada berani tak kalau jumpa Pak Helang ni di jalanan korang bakar2 atau ajak racing? Aku rasa mesti kereta2 korang kena tinggal 1 km or 2 km dibelakang hahahaha.....tapau habis.....Tapi aku rasa kalau mat2 racing jalanan kalau nampak Pak Helang ni dijalanan mesti korang slowkan kereta, ikut peraturan punyala...mesti kecut jer perut tu.....


rasa2 sapa hebat? kereta uncle hamdan or pak helang


rasa2 kereta sapa paling laju?

E-mail from Mr.Sabri

Kita patut bangga jadi wanita…..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari


Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju


Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar:-


"Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
"



'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,


Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Wednesday, August 5, 2009

No idea...

This weekend ada kenduri kahwin kawan saya mum@amani, tapi saya tak tau nak pakai baju apa.Tengok baju dalam almari semua baju lama, saya jarang buat baju kurung.Pilihan hati saya cuma baju kurung jer,sebab dah muak pakai kebaya.Tapi tak tau nak beli baju kurung kat mana.Mr.Sabri dah suruh beli baju, cuma saya jarang beli baju kurung yang dah siap, then tak tau nak beli kat mana.Selalunye saya beli kain ela jer then yg akan buat baju emak saya or kakak ipar saya.Nampaknyer macam dah kesuntukan masa nak suruh mak or kakak ipar buat.Kalau takde baju gak nampaknye saya tak dapatla attend wedding tu nanti.Tak dapatla saya jumpe kawan2 lama saya....uwaaaaa...Tolong saya takde idea.....

Tuesday, August 4, 2009

Masih kepenatan...

Aritu kan aku balik kg Pahang & Banting, harini dah hari selasa tapi aku still penat lagi.Masa ari jumaat kan aku balik kg Pahang coz mak mertua aku buat kenduri doa selamat, so adala aku tolong sikit2 mengemas rumah after majlis tamat.Next day lak sepatutnye aku nak pergi kenduri kawin sepupu Mr.Sabri kat Jerantut, tapi mak mertua tak bagi coz Nabil tak berapa sihat.Lagipun perjalanan from Bentong ke Jerantut amik masa 3jam.Afternoonnye Naufal lak mengadu sakit kepala, then merengek2, rupe2nye dia lak demam...dah dedua anak2 aku demam.petang tu after Mr.Sabri balik from Jerantut barula kitorang pergi cari klinik..Hari Sabtu, banyak lak klinik yg tutup...after 1 hr mencari klinik sampai ke Bahau,N9..baru jumpa satu klinik ni yg buka,lain2 klinik tutup,klinik yg 24jam pun tutup.ramai gak la org kat klinik ni.Masa cek suhu, suhu dia memang tinggi 39.6. Dr terus masukkan ubat pcm 500mg tru bontot.fuh, dua2 heroku demam, merengek jgn citerla, bebudak biasala.Naufal lak flat gile, coz bile mkn sikit or susu skit mesti muntah.cian dia.next day nye bebudak ni dah ok skit..dalam kul 11.30am kami bertolak balik kg Banting lak nak attend kenduri kawin sepupu.Kami ada kat majlis tu sekejap jer terus pergi umah mak.after lepak2 umah mak baru balik umah kami.masa tu la rasa penat sangat.

Kelmarin sesi mendobi baju, arini lak sepatutnyer sesi melipat baju tapi tak start melipat lagi, coz arini aku puasa then masih rase cam penat lagi..adala dalam dua bakul baju yg nak dilipat.tengokla nanti kalau rajin.

Nabil tak berapa sihat masa kenduri rumah makmertua

Friday, July 31, 2009

Penantian penuh dengan kesabaran

Now 3.30pm saya masih dirumah belum bertolak lagi utk balik kampung Pahang.Saya tengah tunggu Mr.Sabri balik from somewhere (rase2 kat bengkel kot),kata nak balik kampung Pahang,tapi tak balik2 lagi.Pukul berapa nak sampai kampung kang.Saya dah siap berkemas,tinggal masukkan barang jer dalam kereta.Malam ni rumah mak mertua saya buat kenduri doa selamat, mak masak aper yer?yummy yummy mesti best.Saya suka makan kenduri coz orang2 kampung bergotong royong masak lauk yang sedap2 tu yang nafsu makan membuak2.Perjalanan dari rumahku ke kampung Pahang amik masa lebih kurang 2jam kalo naik keta Mr.Sabri.tapi kalo naik keta saya amik masa 2 1/2jam..tapi kali ni naik keta saya sebab semalam keta Mr.sabri dah hantar ke bengkel..tunggu-sabar-tunggu-sabar...daddy cepat mummy dah lapar

Thursday, July 30, 2009

fuh semangat...

semangat betul aku tengok mr.sabri buat kerja kat depan aku ni,depan tv....siap tarik wayar lagi charge laptop dia,sementara aku berblogging sambil melipat baju...dia tak tau aku sedang berblog pasal dia,mesti nanti dia baca blog aku dia bising pot pet pot pet...mr.sabri tgh asyik buat kerja opis dia sementara anak2 kami tidur sebelah dia,tv pulak ada wrestling,kami sekeluarga layan wrestling2 ni...kejap lagi kul 3am dia kena pergi opis nak buat maintenance@upgrading entahla aku pun tak tau....esok pulak kami nak balik kg pahang coz mak mertua eden nak buat kenduri doa selamat.hari sabtu pulak kami nak pergi jerantut, pahang pun ada kenduri sedara sepupu sepapat mr.sabri.petang sabtu kami balik kg banting pulak coz kenduri kahwin adik sedara...fuh mesti penat.bukan penat merewang tapi penat berwrestling dengan naufal & nabil.petang ahad baru kami balik umah kami ..home sweet home..

Friday, July 24, 2009

not feeling well....fever

kesian anak mummy demam....this morning dlm pukul 4am tengok nabil kejap2 dia terjaga...bila pegang,...uh panas, rupa2nye dia demam lagi...last 2 days dia demam tapi kejap aje...tapi pagi tadi demam dia memang high 38.4'c....dah bawa pergi klinik pagi tadi...doctor kata kalau sabtu or ahad tak ok then suhu still tinggi lagi, dia suruh refer pergi hospital...hope takde apa2

jjcm to JB

last 2week kitorang pegi JB..saje2 jalan2 cari makan.sepatutnye kitorg bertolak kul 6.45am from RnR seremban, tapi disebabkan mlm tu kitorang tidur lewat, maka lewatla bangun tidur, kena tinggal rombongan cik kiah. kitorang bertolak dalam kul 7.30am. 9.30am kitorang dah sampai muar.member2 lain pun baru sampai kat muar.kitorang berhenti breakfast kat muar, makan sate, soto, lontong. after breakfast kitorang pergi ke dusun buah-buahan dato' amid kat batu pahat. pas makan pulasan kitorang lunch kat batu pahat, kitorang makan nasi beriani gam.

dah puas melantak nasi beriani..teruskan perjalanan ke JB....before kitorang checkin hotel kitorang singgah dulu kat mutiara motors...pastu baru pergi checkin hotel.kitorang duduk kat hotel kozi, danga bay.malamnye kitorang makan mee rebus tulang.pas makan balik hotel then zzzzzzz , while mr.sabri pergi lepak2 ngan member2.next day kitorang pergi bengkel pitwork then terus balik, member yang lain singgah melaka makan ayam percik.gambar?ermmm nanti2la malas nak upload

on the way Naufal melayan upin&ipin


para bapa2 pun pandai bergosip


masing2 kepenatan, tak sabar nak masuk bilik then zzzz


at lobby

nyamuk ooo nyamuk


lately ni kul 3am mesti aku dikejutkan dgn rengekan naufal n nabil.dlm hati aku ni mesti kerja si nyamuk..geram tul aku..boleh dikatakan setiap mlm mesti aku terjaga.dah jaga tu mestila aku melancarkan operasi mencari nyamuk.kesian 2 beradik ni, setiap mlm mesti kena gigit nyamuk.gemuk2 nyamuk tu hisap darah.setiap mlm gak aku terkinja2, melompat sana, melompat sini.kalo jiran2 nampak mesti kata aku buang tebiat.puas hati kalo dpt bunuh nyamuk2 ni.

aku tak tau mana datangnye nyamuk2 ni.banyak lak tu.bukan seekor dua tapi lebih dari 5 ekor.nak kata aku tak tutup pintu bilik, tak jugak.pintu bilik tidur sentiasa tertutup.nak kata bilik aku banyak barangpun, tak jugak, coz kat dlm bilik aku cuma ada almari makeup, meja sisi katil yg kecik, kipas berdiri....baju2 semua kat bilik sebelah. mungkin nyamuk ni lalu celah bawah pintu. before aku tidur mesti aku kirai2 langsir, kibas2 celah2 almari.pernah gak nampak nyamuk ni menyorok kat tabung duit syiling naufal hehehe..

petang tadi dalam kul 7pm org kesihatan buat fogging kat area umah.....selalunye kalo buat semburan ni mesti ada yg kena denggi...minta2 dijauhkan

Friday, July 3, 2009

Mothercare SALE

hehehe arini Mr.Sabri amik cuti semata2 nak send aku g shopping kat mothercare subang parade...ada logik ker?uhhhh mesti ada udang disebalik mee ni....arini Mr.Sabri pepagi lagi dah bangun kejutkan aku..."bangun2 kita g shopping"...terkial2 aku bangun ngan naufal, nabil lak tak mkn saman, dia buat tak tau jer terus sambung tidur....


after bangun aku g mandi, n mr.sabri buat breakfast nasi goreng n siapkan naufal n nabil...kat kepala otak aku cuma ingat nak belikan botol susu n puting susu utk naufal jer,nabil still full breastfeeding(bangga aku).tapi last2 aku terembat beli baju n seluar utk bebudak 2 org ni...and naufal biasalah, mainan!mainan! mainan!...berbaloi (berbaloi ker ?) gak la coz sale dia 60%+5%...tapi kalo kad vip mothercare +10%...


woowoowoo...mr.sabri cuti sebab dia nak bersuka-suki ngan kawan2nyer...ha itu logiknyer....pepagi hari hantar wa gi shopping kat mothercare, pastu hantar wa pulang kul 1pm...terus gi sembahyang jumaat...then terus-terusan tak pulang...terus gi huhahuha ngan kengkawan...siap bawa seluar n kasut futsal...then teru-terusan gi main futsal dimalam hari...disitula motifnyer bercuti hari ini..."merasuah" bini dipepagi hari...ok la tu ye mr.sabri, esok hari my turn lak...esok mr.sabri kena standby keje kat umah...duk umah ngan naufal yerk...JAGA NAUFAL...while me n nabil g bonia high tea fashion show kat alamanda...

Wednesday, July 1, 2009

HOMEMADE MOIST CHOCOLATE CAKE



**sticky mode**
craving for homemade chocolate moist cake (steam)
chocolate moist cake ni lebih kurang 900gram:Rm20
e-mail:umminursuraya@yahoo.com or shout me for booking
sedap tau chocolate moist cake ni...try la...takkan mengecewakan anda

Tuesday, June 30, 2009

jalan2 hujung minggu

hari sabtu aritu adalah misi mengukur keluasan mall....mr.sabri ajak kitorang shopink baju anak2 kat gap so in my mind adalah garden,coz kat garden tak ramai org...then kalo tak cukup kat garden leh g gap midvalley (tamaknye),lagipun skang ni kan tgh sale kat gap...wa suka beli time sale2 ni...lagipun dah lama tak g midvalley.


tapi sebelum sopink kitorang g lunch dulu kat tony roma's...isi dulu perut yg kosong biar aktiviti dapat berjalan dgn lancarnye.kan akhir2 ni wa craving tulang selangka or tulang serangka?apa lagi wa pun orderla tulang temulang tu....while sabri mkn burger...air lak kitorang order 3 jenis air strawberry lemonade, orange juice and pineapple sunrise...alamak orange juice tak sedap sabri minta air ice lemon tea, tapi waiter kat situ baik hati bagi kami air ice lemon tea free...so jadila 4 jenis air kat atas meja..org yg paling gembira ialah naufal coz dialah yg akan konker air2 tersebut...masa kitorg datang tu ada pertandingan mkn 13 ribs dlm masa 10minit...hadiahnyer dpt mkn free kat tony roma's selama setahun..fuh bestnyer.food kat sini memang best, tak cukup aku mkn,coz tulang tu cuma 2 ketul, next time kena order yg 4 ketul lak, service kat sini pun bagus, cepat, yg paling best dapat ice lemon tea free..hehehehe

conteng-conteng while food coming
starter, roti n mayonis nabil konker, air lak naufal konker
mine punye, rib+mashed+coslaw
sabrinyer fiery burger
masing2 tak hingat dunio bila dah jumpa makanan
alhamdulillah, kenyang



fuh gatal lak hidung ku ini...dah lama tak g buat resdung treatment...so, ahadnye aku ajak sabri g buat resdung treatment kat shah alam, but kedai yg dulu aku pergi tu dah tak wujud lagi..huhuhu...tak tau la dah gulung tikar or diorg pindah tempat lain..last aku pergi masa sebelum mengandungkan naufal, naufal skang dah 2 1/2 tahun,fuh! lama gile...patut la hidung ni gatal semacam, rupenye dah lama tak diservice.walau camane pun hidung ni kena diservice gak..sabri bagi idea g kompleks pkns...last2 aku jumpa zie zie beauty yg menawarkan rawatan resdung..kat sini resdung treatment rm30..okla bantai je la..


pas buat resdung treatment kitorg jln2 kat shah alam coz tak tau hala tuju.last2 sabri ajak g sunway piramid...idea yg kurang bernas coz wa dah penat, naufal lak tak tido lagi, mesti dia akan buat perangai...tapi ikutkan jer la kehendak suami...mmg dah dijangka naufal akan cranky, fuh! penat wa dibuatnye...sabri ajak mkn kat bubba gump shrimp co...western food lagi...wa order set menu beef ribs n ice lemon tea while sabri mkn bucket of boat trash (udang, lobster,ikan kut) n air coke..set menu yg wa order include air ice lemon tea, garlic bread, garden salad italian n desert mama's strawberry shortcake...dah setengah jam wa tunggu air n makanan wa tak sampai2, last2 waiter dtg kat kitorg, leh lak dia kata makanan yg kitorg order diorg dah key in tapi tak sampai kat kitchen nyer department...fuh rasa mcm nak meletup, dahla lapo n anak tgh cranky, patutla air pun tak sampai2...bangang tul apsal tak tulis lain kali tulis kat order form so kalo dah key in then tak sampai kat kitchen, leh refer semula kat order form..pas order second time baru la air dtg...makanan dtg lambat.akupun apa lagi mintak la starter food dulu,leh tak waiter tu kata food dtg semua sekali...wtf...bgla starter food dulu.starter food cuma set garlic bread n set garden salad, takkan nak tunggu sekali dengan heavy food,wa n anak2 wa dah lapo ni...rase cam nak mkn jer waiter tu..aku ngan sabri tak leh nak kata apa kitorg juz berbalas pandang, tp dlm hati bangang tul la...pas tunggu n tunggu barula makanan selambak dtg..mana satu nak mkn...tgh2 syok makan naufal leh pulak tumpahkan air coke kat seluar wa...abih basah...sib baik pakai seluar khakis so cepatla kering....food kat sini pun best tapi service lembab, sakit hati...nasib baik food best kalo tak mau aku pot pet pot pet tak puas hati...

lambatnye makanan sampai...aku dah lapo ni
mr.sabri memujuk anak supaya tak cranky
beef ribs ini saya yg punyeranak n bapa yg kelaparan..setimba makanan dihadap
ingatkan setimba rupe2nyer food ni cuma kat atas aje kat bawah angin